top of page
Siri animasi komedi terbaharu yang menggabungkan elemen seram, cerita rakyat Asia Tenggara dan humor Gen-Z
Apa Yang Korang Nak Tahu?
Sama seperti Tok MaRt yang sentiasa ada solusi, kami pun sediakan FAQ khas untuk siri komedi ini! Jangan risau, tak macam Tok MaRt—jawapan kami semuanya percuma!
Mengenai Kisah Bawah Tanah
Apa itu Kisah Bawah Tanah dan dari negara mana siri ni berasal?
Premis: Kisah Bawah Tanah
Zack & Sam bekerja di sebuah kedai runcit dalam dunia Bawah Tanah. Tanpa disangka, terdapat sebuah portal rahsia di dalam kedai tersebut yang membawa mereka ke pengembaraan pelik lagi melucukan, bertemu dengan makhluk-makhluk dari alam legenda yang pernah (dan tidak pernah) didokumentasikan sebelum ini.
Apakah had umur untuk menonton Kisah Bawah Tanah?
Kisah Bawah Tanah menyasarkan penonton berumur 16 tahun ke atas.
Di Mana Boleh Menonton?
Tandakan kalendar korang! Kisah Bawah Tanah akan mula menghantui skrin korang bermula 9 Mac 2026. Korang boleh layan pengembaraan Zack & Sam ni di Astro Prima, Astro One, atau strim saja bila-bila masa di Sooka pada jam 7 malam. Episod baharu akan keluar setiap Isnin dan Selasa, jadi jangan sampai terlepas! 👻💀✨
Kat mana nak beli barang-barang Kisah Bawah Tanah?
Berita baik buat peminat semua! Kami dah keluarkan pelbagai jenis barangan eksklusif — daripada baju-T, mainan stress-relief, keychain, dan plushies, sampailah ke barangan kolaborasi "crossover" dengan IP lain seperti Bola Kampung. Semuanya direka khas buat peminat setia kami! Korang boleh dapatkan koleksi penuh ini di TikTok Shop rasmi kami atau melalui rakan kerjasama kami, XclusiveDrop. Cepat serbu laman mereka sekarang dan sambar koleksi korang hari ini juga!
bottom of page